2. Hidup kita adalah pilihan kita. Allah SWT beri peluang. Hidup kita tidaklah terpaksa dan bukanlah secara tidak sengaja. Pilihan yang tepat pastinya dari kesedaran yang datang dari ilmu yang benar, usaha untuk pilih, ambil dan laksanakan ikut arahan yang betul.
3. Kegagalan, kekurangan, kesilapan dan kelemahan adalah satu hamparan yang kecil dihadapan mata kita. Percayalah bahawa di sana masih luas lagi hamparan kejayaan, kelebihan, kebaikan dan kebaktian dalam ruang hidup kita. Begitu juga pahala dan kebajikan .....
4. Lumrah hidup mungkin tiada kesempatan untuk memiliki lagi saat, minit, jam, hari-hari yang mendatang. tinggallah ilmu yang dimanafaatkan, sedeqah dan anak yang soleh. Kita adalah peneroka hidup yang mudah diingati juga mudah dilupakan. Bekal untuk kita pabila buah tangan diteruskan oleh generasi akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan