Jumaat, 31 Disember 2010

3 karakteristik orang...



1. orang yang mempunyai akhlak islamiyah..

akhlak islamiyah adalah akhlak yang paling baik dalam islam .seseorang itu akan bertaubat walaupun dosa-dosa kecil. Orang yang mempunyai ahklak ini maka darjatnya disisi Allah.Ahklak islamiyah ini adalah sifat orang-orang islam..

2. orang yang mempunyai ahklak asasiyah..

ahklak asasiayah ini adalah lemah berbanding ahklak islamiyah. Seseorang itu mempunyai ahklak asasiyah maka dia adalah asas untuk menjadi akhlak islamiyah . orang yang berahklak asasiyah ini selalu berbuat maksiat tetapi dia masih menghargai harga dirinya sendiri . Tetapi orang ini selalu membuat kebajikan seperti menolong orang ,meghormati orang, tidak menghina orang dan sebagainya..

3.orang yang mempunyai akhlak jahiliyah ..

ahklak jahiliyah ini adalah ahklak yang paling buruk dalam islam .orang bersifat ini tidak bertaubat setelah melakukan dosa besar dan tidak membuat kebajikan . dia hanya hidup untuk dunia sahaja . contohnya seperti minum arak berjudi dan sebagainya . Allah akan menyiksanya diakhirat kelak.....

Khamis, 30 Disember 2010

Renungan







1. Kongsilah rasa nikmat hidup bersama dengan orang lain. sebarkan rasa nikmat ini kepada siapa saja untuk sama-sama menikmatinya. Ia bukan milik kita tapi yang abadi. Nikmat paling besar adalah hidup dalam iman dan islam.
2. Hidup kita adalah pilihan kita. Allah SWT beri peluang. Hidup kita tidaklah terpaksa dan bukanlah secara tidak sengaja. Pilihan yang tepat pastinya dari kesedaran yang datang dari ilmu yang benar, usaha untuk pilih, ambil dan laksanakan ikut arahan yang betul.
3. Kegagalan, kekurangan, kesilapan dan kelemahan adalah satu hamparan yang kecil dihadapan mata kita. Percayalah bahawa di sana masih luas lagi hamparan kejayaan, kelebihan, kebaikan dan kebaktian dalam ruang hidup kita. Begitu juga pahala dan kebajikan .....
4. Lumrah hidup mungkin tiada kesempatan untuk memiliki lagi saat, minit, jam, hari-hari yang mendatang. tinggallah ilmu yang dimanafaatkan, sedeqah dan anak yang soleh. Kita adalah peneroka hidup yang mudah diingati juga mudah dilupakan. Bekal untuk kita pabila buah tangan diteruskan oleh generasi akan datang...

Kebahagiaan hidup


Dari Abu Zar, Rasul saw ditanya tentang bagaimana mencapai kebahagian hidup. Maka Rasul saw menjawap: kerjakanlah empat perkara iaitu;
pertama perbaharuilah kapal pelayaranmu dalam hadapi lautan hidup yang bergelora, lautan hidup yang sgt dalam dgn ombak yang besar bisa memecahkan kapalmu dan melencongkan arah kapalmu. Itulah perbaharui iman kita setiap saat sebagai bekal kenderaan menyusuri hidup yg penuh gelombang, bergelora dan penuh ribut taufan ancaman syaitan. Perlu iman yang kuat, mantap dan berfungsi sebagai bekal dalam lautan mau pun padang pasir yang kontang. Bahagia hidup dengan menjadi orang beriman.

Kedua: Turunkan beban tanggungan dalam perjalanan kita. Maksudnya kurangnya beban dosa yang ditanggung dalam menjalani hidup kita. Hidup yang dilalui bagai mendaki bukit yang tinggi, jalan yang sukar, tidak ramai yang menyukainya, sedikit bilangannya, tidak seronok pada kesukaan hati. Oleh itu marilah kita muhasabah dengan dosa yang dibuat. Mohon ampun, istigfar pada Allah SWT, taubat dan baiki diri dan akhlak. InsaAllah walaupun hidup sukar namun ketenangan dan kebahagian hakiki akan dikecapi. Mudahlah kita menuju matlamat hidup.

Ketiga: Amal soleh jadi bekal kebahagiaan. Oleh itu perbaharuilah akhlak kita kerana syaksiah yang baik membahagiakan alam ini, rahmat hidup berpunca dari akhlak soleh, ibadah kita, malahan ia jadi bekal yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Keempat: Betulkanlah niat mu kerana akhir sudah kita adalah bertemu Allah SWT. Ikhlas kerana Allah pada amalan kita pasti hidup diredai Allah SWT. Kan setiap amalan akan dicatit dan diadili di akhirat sana. Allah maha melihat lagi maha mengetahui.
Wallahu a'lam