Khamis, 30 Disember 2010

Kebahagiaan hidup


Dari Abu Zar, Rasul saw ditanya tentang bagaimana mencapai kebahagian hidup. Maka Rasul saw menjawap: kerjakanlah empat perkara iaitu;
pertama perbaharuilah kapal pelayaranmu dalam hadapi lautan hidup yang bergelora, lautan hidup yang sgt dalam dgn ombak yang besar bisa memecahkan kapalmu dan melencongkan arah kapalmu. Itulah perbaharui iman kita setiap saat sebagai bekal kenderaan menyusuri hidup yg penuh gelombang, bergelora dan penuh ribut taufan ancaman syaitan. Perlu iman yang kuat, mantap dan berfungsi sebagai bekal dalam lautan mau pun padang pasir yang kontang. Bahagia hidup dengan menjadi orang beriman.

Kedua: Turunkan beban tanggungan dalam perjalanan kita. Maksudnya kurangnya beban dosa yang ditanggung dalam menjalani hidup kita. Hidup yang dilalui bagai mendaki bukit yang tinggi, jalan yang sukar, tidak ramai yang menyukainya, sedikit bilangannya, tidak seronok pada kesukaan hati. Oleh itu marilah kita muhasabah dengan dosa yang dibuat. Mohon ampun, istigfar pada Allah SWT, taubat dan baiki diri dan akhlak. InsaAllah walaupun hidup sukar namun ketenangan dan kebahagian hakiki akan dikecapi. Mudahlah kita menuju matlamat hidup.

Ketiga: Amal soleh jadi bekal kebahagiaan. Oleh itu perbaharuilah akhlak kita kerana syaksiah yang baik membahagiakan alam ini, rahmat hidup berpunca dari akhlak soleh, ibadah kita, malahan ia jadi bekal yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Keempat: Betulkanlah niat mu kerana akhir sudah kita adalah bertemu Allah SWT. Ikhlas kerana Allah pada amalan kita pasti hidup diredai Allah SWT. Kan setiap amalan akan dicatit dan diadili di akhirat sana. Allah maha melihat lagi maha mengetahui.
Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan